Untuk memudahkan perbincangan
tahap hidup keluarga di bahagikan kepada kehidupan bujang, keluarga permulaan,
keluarga berkembang, keluarga menguncup dan keluarga sarang kosong. Isu ini
akan memberi tumpuan peringkat bujang
dan keluarga permulaan. Perancangan kewangan sewajarnya di mulakan daripada
awal untuk membolehkan sesaorang membentuk tabiat berbelanja yang berhemah.
Keperluan kewangan kehidupan bujang
Perancangan kewangan sewajarnya
di mulakan apabila sesaorang mula bekerja. Apabila sesaorang mula bekerja, gaji
yang di terima lebih di gunakan untuk memenuhi keperluan diri sendiri terutama
untuk membeli kereta, perabut rumah, pakaian dan keperluan diri yang lain. Kemudahan
kredit yang terdapat pada hari ini memudahkan sesaorang membeli kenderaan tanpa
perlu menyimpan wang yang banyak untuk mendapatkan kereta. Apa yang perlu di
ketahui ialah penggunaan kredit melibatkan kos dan sesaorang perlu memahami
tanggungjawab sebagai peminjam. Setakat mana sesaorang menggunakan kredit di peringkat ini akan mempengaruhi
keadaan kewangan mereka apabila sudah berkeluarga. Keputusan mengambil kredit
perlu di buat dengan berhati kerana kredit melibatkan masa yang lama dan boleh
mendatangkan bebanan kepada peminjam. Secara amnya di
sarankan supaya semasa bujang, sesaorang menggunakan kredit secara berhemah
supaya tidak membebankan diri di masa akan datang.
Tabiat berhutang untuk menampung
majlis perkahwinan akan membebankan kewangan keluarga. Sebelum pasangan
mempunyai anak, keperluan kewangan lebih tertumpu kepada keperluan seharian
tetapi apabila pasangan bersedia mempunyai anak, pasangan perlu mula merancang
keperluan kewangan untuk bersalin dan seterusnya keperluan kewangan untuk anak
seperti perbelanjaan penjagaan anak, keperluan bayi seperti pakaian. Salah satu
perbelanjaan utama bayi ialah lapin pakai buang dan juga perbelanjaan susu bagi
mereka yang tidak menyusukan anak. Susu ibu makanan terbaik untuk anak dan
sewajarnya pasangan yang mempunyai bayi berusaha supaya ibu dapat memberi susu
badan kepada bayi sehingga umur dua tahun. Ini bukan sahaja baik untuk anak dan
ibu tetapi juga boleh menjimatkan wang. Jika di andaikan satu tin susu berharga
RM50.00 dan bayi memerlukan purata empat tin susu satu bulan, ibu bapa boleh
menjimatkan RM200.00 sebulan selama 24 bulan. Wang yang di guna untuk membeli
susu boleh di simpan untuk pendidikan anak di masa akan datang sekiranya ibu
dapat menyusukan bayi.
Ramai pasangan muda pada hari ini
menggunakan lampin pakai buang dan ini juga memerlukan perbelanjaan yang besar.
Katakan bayi menggunakan lima
keping lampin sehari dan harga lampin ialah R0.50, satu hari perbelanjaan
lampin ialah sebanyak RM2.50 dan sebulan perbelanjaan lampin menjadi hampir
RM100.00. Selain daripada kos, penggunaan lampin pakai buang juga boleh memberi
kesan kepada persekitaran. Sebaik amalan ialah menggunakan lampin kain yang
boleh di basuh dan apa yang perlu ialah masa dan kesediaan ibu bapa untuk
merancang penggunaannya. Sekiranya anak di hantar ke pusat jagaan, tanya
samaada mereka sedia menggunakan lampin kain untuk bayi anda. Pusat jagaan yang
sanggup mengguna lampin kain adalah pusat jagaan yang prihatin kepada
persekitaran dan ini adalah amalan penggunaan lestari yang di galakkan. Banyak
lagi perbelanjaan lain yang perlu di tanggung oleh keluarga apabila mereka mula mempunyai anak. Selain
perbelanjaan harian, ibu bapa juga wajar mula memikirkan keperluan kewangan
masa depan anak.
Kesimpulan
Keupayaan pasangan merancang dan
membincangkan hal kewangan sangat penting untuk membantu keluarga menyediakan
asas kukuh kewangan keluarga. Tingkahlaku perbelanjaan yang berhemah akan
membantu keluarga memulakan rancangan simpanan untuk menjamin kesejahteraan
hidup di masa akan datang, menghadapi kewangan masa kecemasan dan memenuhi
keperluan kewangan apabila di perlukan supaya hal kewangan tidak mendatangkan
masalah kepada keluarga. Contoh yang di berikan di atas merupakan sebahagian
daripada perkara yang perlu di ambil perhatian oleh individu dan pasangan dalam
pengurusan kewangan. Walau pun ada di antara kita merasa perkara tersebut
adalah perkara remeh, ia boleh memberikan kesan jangka panjang ke atas
kesejahteraan kewangan keluarga. Perancangan kewangan yang di buat lebih awal
akan membantu keluarga menghadapai cabaran yang lebih besar apabila bilangan
anak mula betambah dan anak membesar dan mula bersekolah.

No comments:
Post a Comment