Malaysia di jangka menjadi negara tua menjelang 2035 di mana terdapat 15% penduduk terdiri daripada mereka berumur 60 tahun ke atas. Peningkatan jangkahayat dan penurunan kadar kelahiran menyumbang ke arad tren ini. Jangkahayat wanita yang lebih panjang memberi kesan kepada struktur penduduk di mana terdapat lebih ramai wanita berumur 70 keatas di bandingkan dengan kaum lelaki. Apa maknya tren ini kepada kita? Menjadi tua adalah satu hakikat yang tidak dapat di nafikan. Setiap orang jika umur panjang akan menjadi tua. Apa yang penting adalah untuk kita melalui hidup hari tua yang sejahtera dan berdikari.
Kehidupan hari tuan sangat bergantung kepada gaya hidup semasa muda. Mereka yang menjaga kesihatan dan melalui gaya hidup sihat di jangka akan memasuki usia tua dalam keadaan sihat. Sesaorang yang merancang kewangan dengan rapi, menyimpan untuk kegunaan hari tua akan memasuki usia emas dengan kedudukan kewangan yang kukuh dan tidak perlu bimbang kehabisan wang. Ibu bapa yang memupuk hubungan rapat dengan anak-anak, saudara masa dan jiran tetanggan akan mempunyai sokongan sosial yang kukuh apabila memerlukannya semasa hari tua.
Cara gaya hidup jenarai muda hari ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada keteguhan kewangan, kesihatan serta hubungan sosial di hari tua kelak. Corak perbelanjaan yang kerap di perhatikan melebihi kemampuan akhirnya akan memberi kesan kepada jumlah simpanan yang di miliki pada hari tua kelak. Pengambilan makan yang berlebihan, kurangnya bersenam serta amalan lain seperti merokok berkemungkinan akan memberi kesan kepada kesihatan sesaorang apanila mencapai usis tua. Kurangnya interaksi dalam keluarga atas alasan kesibukan urusan harian berkemungkinan akan mengurangkan keabraban dalam keluarga dan masyarakat yang akan menjejaskan sokongan sosial yang mungkin di perlukan semasa hari tua.
Cara gaya kehidupan semasa muda sama ada di sedari atau tidak merupakan pelaburan sesaorang untuk kesejahteraan hari tua. Rancanglah kehidupan seharian kita dengan baik supaya kita bukan sahaja menikmati kehidupan sejahtera hari ini tetapi juga masa hadapan InshaAllah.
Rancang kehidupan dengan menentukan matlamat hidup yang hendak di capai dan berusahalah untuk mencapai matlamat yang di tetapkan. Mudah mudahan kesejahteraan yang di nikmati pada hari ini akan berterusan sepanjang hayat kita. InshaAllah dalam penulisan akan datang saya akan berkongsi dapatan kajian yang di lakukan berkaitan dengan isu penuaan penduduk Malaysia.
Selamat melalui kehidupan yang penuh bermakna dan semoga apa yang kita lakukan di redhaiNYA
Sunday, July 7, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment