Wednesday, July 10, 2013

Keperluan Kewangan Sepanjang Hayat

Pengenalan

 Setiap individu dan keluarga memerlukan wang untuk mendapatkan barangan dan perkhidamatan untu kehidupam seharian. Dalam konteks kehidupan seharian pula, kita memerlukan wang untuk mendapatkan beras, gula, ikan serta sayuran keranan kita tidak dapat mengeluarkan sendiri barangan yang di perlukan. Cara kita berbelanja hari ini juga mempengaruhi keadaan kewangan masa hadapan. Ini kerana sekiranya kita sentiasa berbelaja tanpa di rancang, besar kemungkinan kita tidak akan pernah mempunyai wang yang berlebihan untuk di simpan untuk memenuhi keperluan masa depan atau keperluan masa kecemasan. Paparan kali ini akan membincangkan keperluan dan tanggungjawab kewangan mengikut peringkat hidup hidup keluarga. Pemahaman ketua dan ahli keluarga mengenai keperluan kewangan sepanjang hayat dapa membantu keluarga membuat perancangan kewangan lebih awal. 
 

Untuk memudahkan perbincangan tahap hidup keluarga di bahagikan kepada kehidupan bujang, keluarga permulaan, keluarga berkembang, keluarga menguncup dan keluarga sarang kosong. Isu ini akan memberi tumpuan  peringkat bujang dan keluarga permulaan. Perancangan kewangan sewajarnya di mulakan daripada awal untuk membolehkan sesaorang membentuk tabiat berbelanja yang berhemah.

 
Keperluan kewangan kehidupan bujang

 
Perancangan kewangan sewajarnya di mulakan apabila sesaorang mula bekerja. Apabila sesaorang mula bekerja, gaji yang di terima lebih di gunakan untuk memenuhi keperluan diri sendiri terutama untuk membeli kereta, perabut rumah, pakaian dan keperluan diri yang lain. Kemudahan kredit yang terdapat pada hari ini memudahkan sesaorang membeli kenderaan tanpa perlu menyimpan wang yang banyak untuk mendapatkan kereta. Apa yang perlu di ketahui ialah penggunaan kredit melibatkan kos dan sesaorang perlu memahami tanggungjawab sebagai peminjam. Setakat mana sesaorang menggunakan  kredit di peringkat ini akan mempengaruhi keadaan kewangan mereka apabila sudah berkeluarga. Keputusan mengambil kredit perlu di buat dengan berhati kerana kredit melibatkan masa yang lama dan boleh mendatangkan bebanan kepada peminjam. Secara amnya di sarankan supaya semasa bujang, sesaorang menggunakan kredit secara berhemah supaya tidak membebankan diri di masa akan datang.

 Keluarga peringkat permulaan

 Apabila sesaorang membuat keputusan untuk berumahtangga, banyak perkara perlu di ambilkira seperti perbelanjaan majlis perkahwinan, keperluan melengkapkan rumah untuk keluarga dan pelbagai lagi. Penggunaan yang tidak di kawal dan penggunaan kredit yang berlebihan semasa bujang akan mengurangkan kemampuan sesaorang untuk menyimpan wang sebagai persediaan untuk berkeluarga. Kesederhanaan dalam perbelanjaan akan membantu keluarga yang baru di bentuk untuk memulakan kehidupan atas landasan yang kukuh.

 Keperluan kewangan di peringkat ini ialah melengkapkan rumah dengan perabut dan peralatan yang sesuai. Di sarankan supaya pasangan membuat senarai keutamaan barang yang hendak di beli dan membeli mengikut kemampuan untuk mengelakkan terlalu banyak berhutang. Alatan seperti dapur, peti sejuk, mesin basuh merupakan alatan yang penting dan perlu di beri keutamaan. Model dan harga barangan juga terdapat banyak perbezaan. Pasangan boleh memilih membeli dapur yang berharga RM100 kebawah atau membeli dapur yang changgih berharga RM2000.00. Katil dan tilam merupakan perabut penting di bandingkan dengan kerusi dan meja makan. Kesediaan pasangan melengkapkan perabut dan alatan rumah secara berperingkat mengikut kemampuan sangat penting supaya keluarga tidak terikat dengan bayaran hutang dan ansuran bulanan. Gunakan kredit untuk mendapatkan barangan yang sangat di perlukan sahaja.

Tabiat berhutang untuk menampung majlis perkahwinan akan membebankan kewangan keluarga. Sebelum pasangan mempunyai anak, keperluan kewangan lebih tertumpu kepada keperluan seharian tetapi apabila pasangan bersedia mempunyai anak, pasangan perlu mula merancang keperluan kewangan untuk bersalin dan seterusnya keperluan kewangan untuk anak seperti perbelanjaan penjagaan anak, keperluan bayi seperti pakaian. Salah satu perbelanjaan utama bayi ialah lapin pakai buang dan juga perbelanjaan susu bagi mereka yang tidak menyusukan anak. Susu ibu makanan terbaik untuk anak dan sewajarnya pasangan yang mempunyai bayi berusaha supaya ibu dapat memberi susu badan kepada bayi sehingga umur dua tahun. Ini bukan sahaja baik untuk anak dan ibu tetapi juga boleh menjimatkan wang. Jika di andaikan satu tin susu berharga RM50.00 dan bayi memerlukan purata empat tin susu satu bulan, ibu bapa boleh menjimatkan RM200.00 sebulan selama 24 bulan. Wang yang di guna untuk membeli susu boleh di simpan untuk pendidikan anak di masa akan datang sekiranya ibu dapat menyusukan bayi.

Ramai pasangan muda pada hari ini menggunakan lampin pakai buang dan ini juga memerlukan perbelanjaan yang besar. Katakan bayi menggunakan lima keping lampin sehari dan harga lampin ialah R0.50, satu hari perbelanjaan lampin ialah sebanyak RM2.50 dan sebulan perbelanjaan lampin menjadi hampir RM100.00. Selain daripada kos, penggunaan lampin pakai buang juga boleh memberi kesan kepada persekitaran. Sebaik amalan ialah menggunakan lampin kain yang boleh di basuh dan apa yang perlu ialah masa dan kesediaan ibu bapa untuk merancang penggunaannya. Sekiranya anak di hantar ke pusat jagaan, tanya samaada mereka sedia menggunakan lampin kain untuk bayi anda. Pusat jagaan yang sanggup mengguna lampin kain adalah pusat jagaan yang prihatin kepada persekitaran dan ini adalah amalan penggunaan lestari yang di galakkan. Banyak lagi perbelanjaan lain yang perlu di tanggung oleh keluarga  apabila mereka mula mempunyai anak. Selain perbelanjaan harian, ibu bapa juga wajar mula memikirkan keperluan kewangan masa depan anak.

Kesimpulan

Keupayaan pasangan merancang dan membincangkan hal kewangan sangat penting untuk membantu keluarga menyediakan asas kukuh kewangan keluarga. Tingkahlaku perbelanjaan yang berhemah akan membantu keluarga memulakan rancangan simpanan untuk menjamin kesejahteraan hidup di masa akan datang, menghadapi kewangan masa kecemasan dan memenuhi keperluan kewangan apabila di perlukan supaya hal kewangan tidak mendatangkan masalah kepada keluarga. Contoh yang di berikan di atas merupakan sebahagian daripada perkara yang perlu di ambil perhatian oleh individu dan pasangan dalam pengurusan kewangan. Walau pun ada di antara kita merasa perkara tersebut adalah perkara remeh, ia boleh memberikan kesan jangka panjang ke atas kesejahteraan kewangan keluarga. Perancangan kewangan yang di buat lebih awal akan membantu keluarga menghadapai cabaran yang lebih besar apabila bilangan anak mula betambah dan anak membesar dan mula bersekolah.

Sunday, July 7, 2013

Kehidupan hari ini adalah pelaburan masa hadapan

Malaysia di jangka menjadi negara tua menjelang 2035 di mana terdapat 15% penduduk terdiri daripada mereka berumur 60 tahun ke atas. Peningkatan jangkahayat dan penurunan kadar kelahiran menyumbang ke arad tren ini. Jangkahayat wanita yang lebih panjang memberi kesan kepada struktur penduduk di mana terdapat lebih ramai wanita berumur 70 keatas di bandingkan dengan kaum lelaki. Apa maknya tren ini kepada kita? Menjadi tua adalah satu hakikat yang tidak dapat di nafikan. Setiap orang jika umur panjang akan menjadi tua. Apa yang penting adalah untuk kita melalui hidup hari tua yang sejahtera dan berdikari. 

Kehidupan hari tuan sangat bergantung kepada gaya hidup semasa muda. Mereka yang menjaga kesihatan dan melalui gaya hidup sihat di jangka akan memasuki usia tua dalam keadaan sihat. Sesaorang yang merancang kewangan dengan rapi, menyimpan untuk kegunaan hari tua akan memasuki usia emas dengan kedudukan kewangan yang kukuh dan tidak perlu bimbang kehabisan wang. Ibu bapa yang memupuk hubungan rapat dengan anak-anak, saudara masa dan jiran tetanggan akan mempunyai sokongan sosial yang kukuh apabila memerlukannya semasa hari tua.

Cara gaya hidup jenarai muda hari ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada keteguhan kewangan, kesihatan serta hubungan sosial di hari tua kelak. Corak perbelanjaan yang kerap di perhatikan melebihi kemampuan akhirnya akan memberi kesan kepada jumlah simpanan yang di miliki pada hari tua kelak. Pengambilan makan yang berlebihan, kurangnya bersenam serta amalan lain seperti merokok berkemungkinan akan memberi kesan kepada kesihatan sesaorang apanila mencapai usis tua. Kurangnya interaksi dalam keluarga atas alasan kesibukan urusan harian berkemungkinan akan mengurangkan keabraban dalam keluarga dan masyarakat yang akan menjejaskan sokongan sosial yang mungkin di perlukan semasa hari tua.

Cara gaya kehidupan semasa muda sama ada di sedari atau tidak merupakan pelaburan sesaorang untuk kesejahteraan hari tua. Rancanglah kehidupan seharian kita dengan baik supaya kita bukan sahaja menikmati kehidupan sejahtera hari ini tetapi juga masa hadapan InshaAllah.

Rancang kehidupan dengan menentukan matlamat hidup yang hendak di capai dan berusahalah untuk mencapai matlamat yang di tetapkan. Mudah mudahan kesejahteraan yang di nikmati pada hari ini akan berterusan sepanjang hayat kita. InshaAllah dalam penulisan akan datang saya akan berkongsi dapatan kajian yang di lakukan berkaitan dengan isu penuaan penduduk Malaysia.

Selamat melalui kehidupan yang penuh bermakna dan semoga apa yang kita lakukan di redhaiNYA

Friday, June 18, 2010

Merancang Kewangan

Pengenalan

Wang penting dalam kehidupan seharian dan perlu di uruskan penggunaannya supaya dapat memenuhi keperluan semasa dan masa depan diri dan keluarga. Pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan yang merangkumi aspek perancangan. pengurusan perbelanjaan, simpan, kredit serta pelaburan sangat pentig untuk kehidupan seharian supaya masalah dan hal kewangan tidak mendatangkan tekanan kepada individu atau keluarga. Bayangkan pendapatan anda seperti air yang mengalir masuk ke dalam tangki air. Besar mana tangki tersebut bergantung kepada banyak mana pendapatan yang di terima. Cuma yang membezakan tangki air sebenar ialah air sentiasa mengalir selagi tiada masalah bekalan air tetapi bagi pendapatan biasanya aliran masuk hanya berlaku sekali sebulan ia itu apabila sesaorang menerima gaji atau pemdapatan. Air yang memasuki tangki tersebut akan habis keluar sekiraya terdapat banyak saluran paip di bawah tangki yang boleh di ibaratkan sebahgi pelbagai perbelanjaan yang di lakukan oleh keluarga atau individu. Semakin banyak atau kerap perbelanjaan di buat, semakin cepatlah air yang masuk tadi habis. Atrikel ini akan memberi tumpuan kepada bagaimana indivdu atau keluarga boleh menguruskan kewangan mereka untuk mengurangkan kebocoran kepada tangki air yang ada supaya dapat menyaluran sedikit wang untuk keperluan masa depan, keperluan kecemaan dan keperluan mencapai matlamat.

Merancang penggunaan wang

Air yang menitis atau mengalir keluar daripada tangki air yang di sebut di atas boleh di samakan dengan air yang bocor daripada tangki air tidak di selenggara. Air boleh keluar dalam bentuk titikan air atau curahan yang banyak yang tidak dapat di kawal. Pengurusan kewangan yang merangkumi usaha merancang, melaksanakan rancangan dan menilai semula perlaksanaan. Perancangan kewangan dapat di samakan dengan usaha menampal atau menutup kebocoran yang terdapat di tangki tersebut supaya titisan air dapat di kawal mengikut masa dan kelajuan air yang keluar. Perancangan kewangan membantu sesaorang untuk mengawal penggunaan wang atau pendapatan yang di terima. Oleh kerana individu atau keluarga biasanya mempunyai kehendak yang tidak terhad, wang yang di miliki oleh sebilangan besar di kalangan kita biasanya tidak cukup untuk memenuhi semua kehendak. Pada masa yang sama kita semua mempunyai keperluan hidup tertentu seperti keperluan makanan, perumahan, pengangkutan, pakaian, pendidikan dan riadh yang memerlukan wang. Individu atau keluarga perlu membuat keputusan dan menentukan keutamaan bagaimana wang perlu di belanjakan. Usaha pengeluar atau penjual melariskan barangan kerap mengelirukan pengguna yang kurang mampu menentukan apa yang perlu dan apa keinginan. Keperluan adalah sesuatu yang akan memberi kesan negative kepada kesejahteraan hidup apabila tidak di penuhi. Sesaorang akan kelaparan sekiranya tidak makan tengahari. Keinginan untuk makan di hotel lima bintang tidak mengugat kesejahteraan sekiranya pengguna hanya makan di kedai makan biasa mengikut kemampuan masing-masing.

Pengurusan kewangan melibatkan perubahan kebiasaan membelanjakan wang. Sukar untuk sesaorang menutup semua lubang kebocoran tetapi sesaorang boleh mengurangkan kebocoran dengan menutup bocor sedikit demi sedikit dan dari masa kesemasa cuba menguruskan kebocoran yang besar supaya saluran air yang keluar dapat di kawal. Perancangan kewangan melibatkan usaha merancang segala aspek kewangan termasuk merancang perbelanjaan atau buget semasa dan keperluan kewangan jangkamasa sederhana dan jangka panjang. Sesaorang yang bekerja perlu memikirkan aspek kewangan waktu bersara sebaiknya apabila mereka mula bekerja supaya dapat memperuntukkan sejumlah kecil wang setiap bulan untuk di gunakan semasa bersara. Tanpa perancangan yang rapi, keluarga biasanya tidak mampu menyimpan kerana semua wang yang diterima akan di belanjakan. Simpanan kerap di takrifkan sebagai lebihan pendapatan selepas berbelanja. Jika falsafah ini di teruskan, keluarga biasanya tidak mempunyai lebihan pendapatan kerana apa sahaja wang yang di miliki akan di gunakan untuk memenuhi kehendak yang semakin bertambah.

Rancangan kewangan boleh di samakan dengan peta yang menjadi petunjuk arah kepada sesaorang atau keluarga dalam aspek kewangan. Untuk memulakan perjalanan sesaorang perlu tahu di mana kedudukan mereka, jalan mana yang akan di ikuti dan kemana arah di tuju. Untuk memulakan perancangan kewangan sesaorang perlu tahu bagaimana kedudukan kewangan mereka, menentukan apa yang perlu, kurang perlu, apa yang hendak di capai dan seterusnya membuat perancangan bagaimana membelanjakan wang yang ada untuk memenuhi keperluan hidup seharian dan masa akan datang. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan bulanan dan ada kemudahan potongan gaji, di sarankan supaya membuat potongan gaji untuk simpanan seperti Simpanan Tabung Haji, ASN/ASB dan mana-mana sumbangan koperasi. Bagi yang mempunyai simpanan di bank pula mereka boleh memberikan arahan tetap kepada bank untuk memasukkan sejumlah wang untuk simpanan atau pelaburan yang di rancang. Untuk menentukan banyak mana boleh di potong sesaorang perlu tahu berapa keperluan perbelanjaan bulanan dan membuat potongan bulanan berasaskan kepada jumlah yang mampu di potong.

Kekeperluan kewangan keluarga boleh di bahagikan kepada keperluan harian, kepeluan sekali sekala atau keperluan jangka sederhana atau jangka panjang untuk mencapai matlamat. Kita kerap terbawa-bawa dengan keperluan harian sehingga lupa merancang untuk perbelanjaan sekali sekala atau perbelanjaan untuk mencapai matlamat. Perbelanjaan harian dapat di kawal dengan mengurangkan kekerapan membeli dan merancang pembelian dengan mementukan senarai barangan yang perlu di beli. Tindakan ini sangat penting terutama dalam musim jualan murah di mana pengguna biasanya mudah di pengaruhi dengan potongan harga yang di berikan oleh penjual. Teknik melariskan jualan seperti membei dalam kuantiti banyak biasanya perlu di teliti kerana kerap kita memerlukan hanya satu item tetapi oleh kerana hendak menjimatkan sedikit wang, kita membeli lebih daripada satu item yang mungkin tidak di gunakan langsung.

Berbelanja secara berhemah merupakan kaedah paling berkesan merancang kewangan. Sejumlah besar perbelanjaan keluarga ialah perbelanjaan untuk keperluan harian seperti makanan, pengangkutan, bil apa, letrik, talipon dan perbelanjaan runcit lain. Kekerapan kekedai memberi petunjuk kepada tahap kesukaran merancang kewangan. Mereka yang terlalu kerap kekedai akan mendapati lebih sukar merancang kerana semakin kerap mereka kekedai semakin sukar mengesan kemana wang mereka di belanjakan. Oleh itu, rancang aktiviti berbelanja dengan mengurangkan kekerapan anda atau ahli keluarga kekedai. Rancang keperluan barang kering dan tahan lama keluarga supaya di beli dua kali sebulan atau sekali sebulan. Rancang juga menu yang hendak di masak supaya kita tidak perlu kekedai membeli barang yang hendak di masak setiap hari atau setiap kali di perlukan. Sekiranya anda perlu juga kekedai, jangan bawa wang yang banyak supaya tidak membelanjakan wang yang ada untuk perkara yang kurang di perlukan.

Mulakan perancangan kewangan dengan meneliti cara berbelanja dan mengubah cara berbelanja yang tidak dirancang kepada perbelanjaan yang di rancang dan berhemah. Pastikan anda tahu kemana wang yang ada di dalam dompet anda di belanjakan. Jika pada masa ini anda kerap menanyakan soalan kemana perginya wang saya, mula dengan mencatatkan apa yang di belanjakan dengan wang yang di miliki. Simpan resit pembelian dan cuba teliti untuk apa wang di belanjakan. Resit perbelanjaan akan memberi maklumat bagaimana anda membelanjakan wang dan di mana anda berbelanja.

Kesimpulan

Pengurusan kewangan memerlukan sesaorang meneliti dan mengubah cara berbelanja kepada perbelanjaan berhemah. Oleh kerana perlakuan berbelanja nerupakan kebiasaan, perubahan daripada perbelanjaan boros kepada perbelanjaan berhemah memerlukan sesaorang mempunyai daya tahan diri daripada godaan pasaran yang kuat supaya wang yang di miliki di belanjakan untuk memenuhi keperluan bukannya memenuhi kehendak akan akan sentiasa berubah dan sukar di penuhi. Kegagalan mengusukan hal kewangan keluarga boleh membawa kesan negatif seperti berhutang dengan berlebihan, tidak mempunyai wang untuk kecemasan, tidak mampu menampung perbelanjaan sekali sekala, tidak cukup wang sebelum hari gaji atau masalah kewangan mendatangkan tekanan jiwa kepada kita. Wang yang di miliki perlu di rancang supaya dapat meningkatkan kesejahteraan hidup keluarga. Tanpa perancangan, wang yang terhad yang di miliki tidak akan dapat memberikan pulangan terbaik kepada keluarga. Keupayaan pengurus kewangan keluarga menentukan keutamaan perbelanjaan sangat kritikal untuk kesejahteraan dan keteguhan kewangan semasa dan masa datang.

SELAMAT MERANCANG