Pengenalan
Wang penting dalam kehidupan seharian dan perlu di uruskan penggunaannya supaya dapat memenuhi keperluan semasa dan masa depan diri dan keluarga. Pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan yang merangkumi aspek perancangan. pengurusan perbelanjaan, simpan, kredit serta pelaburan sangat pentig untuk kehidupan seharian supaya masalah dan hal kewangan tidak mendatangkan tekanan kepada individu atau keluarga. Bayangkan pendapatan anda seperti air yang mengalir masuk ke dalam tangki air. Besar mana tangki tersebut bergantung kepada banyak mana pendapatan yang di terima. Cuma yang membezakan tangki air sebenar ialah air sentiasa mengalir selagi tiada masalah bekalan air tetapi bagi pendapatan biasanya aliran masuk hanya berlaku sekali sebulan ia itu apabila sesaorang menerima gaji atau pemdapatan. Air yang memasuki tangki tersebut akan habis keluar sekiraya terdapat banyak saluran paip di bawah tangki yang boleh di ibaratkan sebahgi pelbagai perbelanjaan yang di lakukan oleh keluarga atau individu. Semakin banyak atau kerap perbelanjaan di buat, semakin cepatlah air yang masuk tadi habis. Atrikel ini akan memberi tumpuan kepada bagaimana indivdu atau keluarga boleh menguruskan kewangan mereka untuk mengurangkan kebocoran kepada tangki air yang ada supaya dapat menyaluran sedikit wang untuk keperluan masa depan, keperluan kecemaan dan keperluan mencapai matlamat.
Merancang penggunaan wang
Air yang menitis atau mengalir keluar daripada tangki air yang di sebut di atas boleh di samakan dengan air yang bocor daripada tangki air tidak di selenggara. Air boleh keluar dalam bentuk titikan air atau curahan yang banyak yang tidak dapat di kawal. Pengurusan kewangan yang merangkumi usaha merancang, melaksanakan rancangan dan menilai semula perlaksanaan. Perancangan kewangan dapat di samakan dengan usaha menampal atau menutup kebocoran yang terdapat di tangki tersebut supaya titisan air dapat di kawal mengikut masa dan kelajuan air yang keluar. Perancangan kewangan membantu sesaorang untuk mengawal penggunaan wang atau pendapatan yang di terima. Oleh kerana individu atau keluarga biasanya mempunyai kehendak yang tidak terhad, wang yang di miliki oleh sebilangan besar di kalangan kita biasanya tidak cukup untuk memenuhi semua kehendak. Pada masa yang sama kita semua mempunyai keperluan hidup tertentu seperti keperluan makanan, perumahan, pengangkutan, pakaian, pendidikan dan riadh yang memerlukan wang. Individu atau keluarga perlu membuat keputusan dan menentukan keutamaan bagaimana wang perlu di belanjakan. Usaha pengeluar atau penjual melariskan barangan kerap mengelirukan pengguna yang kurang mampu menentukan apa yang perlu dan apa keinginan. Keperluan adalah sesuatu yang akan memberi kesan negative kepada kesejahteraan hidup apabila tidak di penuhi. Sesaorang akan kelaparan sekiranya tidak makan tengahari. Keinginan untuk makan di hotel lima bintang tidak mengugat kesejahteraan sekiranya pengguna hanya makan di kedai makan biasa mengikut kemampuan masing-masing.
Pengurusan kewangan melibatkan perubahan kebiasaan membelanjakan wang. Sukar untuk sesaorang menutup semua lubang kebocoran tetapi sesaorang boleh mengurangkan kebocoran dengan menutup bocor sedikit demi sedikit dan dari masa kesemasa cuba menguruskan kebocoran yang besar supaya saluran air yang keluar dapat di kawal. Perancangan kewangan melibatkan usaha merancang segala aspek kewangan termasuk merancang perbelanjaan atau buget semasa dan keperluan kewangan jangkamasa sederhana dan jangka panjang. Sesaorang yang bekerja perlu memikirkan aspek kewangan waktu bersara sebaiknya apabila mereka mula bekerja supaya dapat memperuntukkan sejumlah kecil wang setiap bulan untuk di gunakan semasa bersara. Tanpa perancangan yang rapi, keluarga biasanya tidak mampu menyimpan kerana semua wang yang diterima akan di belanjakan. Simpanan kerap di takrifkan sebagai lebihan pendapatan selepas berbelanja. Jika falsafah ini di teruskan, keluarga biasanya tidak mempunyai lebihan pendapatan kerana apa sahaja wang yang di miliki akan di gunakan untuk memenuhi kehendak yang semakin bertambah.
Rancangan kewangan boleh di samakan dengan peta yang menjadi petunjuk arah kepada sesaorang atau keluarga dalam aspek kewangan. Untuk memulakan perjalanan sesaorang perlu tahu di mana kedudukan mereka, jalan mana yang akan di ikuti dan kemana arah di tuju. Untuk memulakan perancangan kewangan sesaorang perlu tahu bagaimana kedudukan kewangan mereka, menentukan apa yang perlu, kurang perlu, apa yang hendak di capai dan seterusnya membuat perancangan bagaimana membelanjakan wang yang ada untuk memenuhi keperluan hidup seharian dan masa akan datang. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan bulanan dan ada kemudahan potongan gaji, di sarankan supaya membuat potongan gaji untuk simpanan seperti Simpanan Tabung Haji, ASN/ASB dan mana-mana sumbangan koperasi. Bagi yang mempunyai simpanan di bank pula mereka boleh memberikan arahan tetap kepada bank untuk memasukkan sejumlah wang untuk simpanan atau pelaburan yang di rancang. Untuk menentukan banyak mana boleh di potong sesaorang perlu tahu berapa keperluan perbelanjaan bulanan dan membuat potongan bulanan berasaskan kepada jumlah yang mampu di potong.
Kekeperluan kewangan keluarga boleh di bahagikan kepada keperluan harian, kepeluan sekali sekala atau keperluan jangka sederhana atau jangka panjang untuk mencapai matlamat. Kita kerap terbawa-bawa dengan keperluan harian sehingga lupa merancang untuk perbelanjaan sekali sekala atau perbelanjaan untuk mencapai matlamat. Perbelanjaan harian dapat di kawal dengan mengurangkan kekerapan membeli dan merancang pembelian dengan mementukan senarai barangan yang perlu di beli. Tindakan ini sangat penting terutama dalam musim jualan murah di mana pengguna biasanya mudah di pengaruhi dengan potongan harga yang di berikan oleh penjual. Teknik melariskan jualan seperti membei dalam kuantiti banyak biasanya perlu di teliti kerana kerap kita memerlukan hanya satu item tetapi oleh kerana hendak menjimatkan sedikit wang, kita membeli lebih daripada satu item yang mungkin tidak di gunakan langsung.
Berbelanja secara berhemah merupakan kaedah paling berkesan merancang kewangan. Sejumlah besar perbelanjaan keluarga ialah perbelanjaan untuk keperluan harian seperti makanan, pengangkutan, bil apa, letrik, talipon dan perbelanjaan runcit lain. Kekerapan kekedai memberi petunjuk kepada tahap kesukaran merancang kewangan. Mereka yang terlalu kerap kekedai akan mendapati lebih sukar merancang kerana semakin kerap mereka kekedai semakin sukar mengesan kemana wang mereka di belanjakan. Oleh itu, rancang aktiviti berbelanja dengan mengurangkan kekerapan anda atau ahli keluarga kekedai. Rancang keperluan barang kering dan tahan lama keluarga supaya di beli dua kali sebulan atau sekali sebulan. Rancang juga menu yang hendak di masak supaya kita tidak perlu kekedai membeli barang yang hendak di masak setiap hari atau setiap kali di perlukan. Sekiranya anda perlu juga kekedai, jangan bawa wang yang banyak supaya tidak membelanjakan wang yang ada untuk perkara yang kurang di perlukan.
Mulakan perancangan kewangan dengan meneliti cara berbelanja dan mengubah cara berbelanja yang tidak dirancang kepada perbelanjaan yang di rancang dan berhemah. Pastikan anda tahu kemana wang yang ada di dalam dompet anda di belanjakan. Jika pada masa ini anda kerap menanyakan soalan kemana perginya wang saya, mula dengan mencatatkan apa yang di belanjakan dengan wang yang di miliki. Simpan resit pembelian dan cuba teliti untuk apa wang di belanjakan. Resit perbelanjaan akan memberi maklumat bagaimana anda membelanjakan wang dan di mana anda berbelanja.
Kesimpulan
Pengurusan kewangan memerlukan sesaorang meneliti dan mengubah cara berbelanja kepada perbelanjaan berhemah. Oleh kerana perlakuan berbelanja nerupakan kebiasaan, perubahan daripada perbelanjaan boros kepada perbelanjaan berhemah memerlukan sesaorang mempunyai daya tahan diri daripada godaan pasaran yang kuat supaya wang yang di miliki di belanjakan untuk memenuhi keperluan bukannya memenuhi kehendak akan akan sentiasa berubah dan sukar di penuhi. Kegagalan mengusukan hal kewangan keluarga boleh membawa kesan negatif seperti berhutang dengan berlebihan, tidak mempunyai wang untuk kecemasan, tidak mampu menampung perbelanjaan sekali sekala, tidak cukup wang sebelum hari gaji atau masalah kewangan mendatangkan tekanan jiwa kepada kita. Wang yang di miliki perlu di rancang supaya dapat meningkatkan kesejahteraan hidup keluarga. Tanpa perancangan, wang yang terhad yang di miliki tidak akan dapat memberikan pulangan terbaik kepada keluarga. Keupayaan pengurus kewangan keluarga menentukan keutamaan perbelanjaan sangat kritikal untuk kesejahteraan dan keteguhan kewangan semasa dan masa datang.
SELAMAT MERANCANG
Friday, June 18, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)
